- Email web@pantasmembaca.com
- Phone +6012 542 6056

Kalau anak cepat bosan, susah duduk diam, atau susah fokus, itu bukan semestinya sebab dia malas atau degil. Fokus sebenarnya boleh dilatih sedikit demi sedikit. Sebab itu, rutin yang ringkas tetapi konsisten, seperti 10 minit sehari, lebih mudah diterima oleh anak. Anak tidak rasa terlalu dipaksa, dan ibu bapa pun lebih mudah jadikan ia sebagai amalan harian.
Peraturan ringkas:
Set up cepat:
Cara cakap dengan anak:
✅ “Kita buat rutin fokus 10 minit ya. Lepas siap, awak boleh pilih satu aktiviti lain.”
Rutin ini boleh dibuat di rumah untuk bantu anak latih fokus secara perlahan-lahan. Tak perlu lama atau terlalu susah. Cukup 10 minit sahaja, asalkan dibuat dengan ringkas, jelas, dan konsisten.
Sebelum mula, bantu anak keluarkan sedikit tenaga supaya badan lebih bersedia untuk fokus. Ibu bapa boleh pilih satu aktiviti mudah seperti lompat bintang 10 kali, jalan ikut garisan, atau tepuk ikut ritma. Langkah ini penting supaya anak lebih mudah duduk dan beri perhatian selepas itu.
Cara cakap dengan anak:
✅ “Okay, badan dah warm-up. Sekarang kita masuk mod fokus.”
Masuk bahagian utama, beri anak satu tugasan sahaja. Jangan bagi terlalu banyak pilihan kerana itu boleh buat anak hilang fokus. Ibu bapa boleh pilih aktiviti seperti cari dan bulatkan huruf atau simbol, susun blok ikut arahan, atau cari objek dalam gambar. Tujuannya ialah latih anak fokus pada satu tugas pada satu masa.
Cara cakap dengan anak:
✅ “Fokus satu tugasan. Buat perlahan pun tak apa, yang penting teruskan.”
Selepas beberapa minit fokus, beri anak rehat sekejap selama 1 minit. Rehat ini bukan untuk lari atau tukar ke aktiviti lain, tetapi untuk bantu anak cas semula tenaga. Contohnya, anak boleh minum air, regangkan tangan dan bahu, atau tarik nafas 3 kali.
Cara cakap dengan anak:
✅ “Rehat sekejap 1 minit. Lepas tu sambung sampai tamat.”
Selepas rehat, sambung semula aktiviti tadi. Pada masa ini, ibu bapa boleh tambah cabaran kecil supaya anak rasa lebih bersemangat. Contohnya seperti, buat 5 lagi, cuba lebih kemas, atau cari 3 lagi tanpa berhenti. Cabaran kecil bantu anak belajar terus fokus walaupun sudah hampir tamat.
Cara cakap dengan anak:
✅ “Sikit lagi. Kita habiskan cantik-cantik.”
Di hujung rutin, beri anak pujian yang spesifik, bukan sekadar puji secara umum. Ini penting supaya anak faham tingkah laku mana yang betul dan patut diulang semula. Contohnya, puji usaha anak kerana teruskan walaupun susah, duduk sampai habis timer, atau ikut arahan satu demi satu.
Cara cakap dengan anak:
✅ “Bagus sebab awak sambung walaupun rasa susah.”
✅ “Tadi awak boleh duduk fokus sampai habis timer.”
✅ “Awak ikut arahan satu-satu. Itu fokus yang kuat.”
Cara tutup sesi dengan baik:
✅ “Done! Fokus mode tamat. Sekarang awak pilih reward kecil.”
Mulakan dengan 5 minit dulu (2 min warm-up, 2 min fokus, 1 min penutup). Bila stabil, naikkan perlahan.
Guna ayat pendek + bawa balik dengan lembut: ✅ “Saya tunggu awak balik sini.” ✅ “Kita sambung sikit lagi sampai timer habis.”
Tak perlu. Kertas, pensel, lego/puzzle pun cukup. Yang penting struktur rutin.
Umumnya sesuai untuk 4–10 tahun (anda cuma laraskan tahap aktiviti).
Fokus bukan datang dengan marah-marah atau paksa lama-lama. Fokus dibina melalui rutin pendek yang konsisten, aktiviti yang sesuai tahap, dan pujian yang tepat. Cuba rutin 10 minit ini selama 7 hari—biasanya anda akan nampak anak lebih mudah “masuk mode belajar”.
📞 Sertai Program Pantas Baca Minda Optima untuk anak membaca
Dikemas kini pada: March 2026
Minda Optima bantu anak 4+ tahun ke atas kuasai lancar membaca BM & BI dengan teknik artikulasi, suasana ceria, dan guru berpengalaman sejak 1995
Minda Optima bantu anak membaca dengan cepat dan yakin sejak 1995. Kelas fizikal & online untuk umur 4 tahun ke atas.
Daftar Sekarang