Blog Details

Kanak-kanak perempuan tersenyum tenang di bilik darjah, melambangkan keyakinan dan perkembangan emosi positif

Cara Terbaik Bantu Anak Atasi Perasaan Malu

Anak anda mudah tunduk, diam seribu bahasa atau enggan bersuara di hadapan orang lain? Sifat malu sememangnya normal, tetapi jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan perkembangan sosial anak.

Artikel ini akan membantu ibu bapa mengenali cara terbaik untuk menyokong anak yang pemalu, dan membimbing mereka menjadi lebih yakin secara semula jadi.

 

Berikan Sokongan Emosi

Perkara pertama ialah tidak menghukum atau memalukan anak atas rasa malu mereka. Sebaliknya:

  • Yakinkan anak bahawa rasa malu adalah normal dan bukan kelemahan.
  • Gunakan kata-kata yang menenangkan seperti,”Mama pun dulu macam tu juga, tapi kita boleh belajar.”
  • Jangan paksa anak bercakap di khalayak ramai secara tiba-tiba.

Bila anak rasa diterima, mereka lebih terbuka untuk mencuba

Bina Keyakinan Diri Melalui Kekuatan Mereka

Setiap anak ada keunikan tersendiri. Bantu mereka kenali dan hargai kekuatan itu:

  • Puji usaha mereka, bukan hanya hasil.
  • Galakkan aktiviti yang mereka minat – seperti melukis, membaca atau menyanyi.
  • Beri peluang kecil untuk mereka “bersinar” – contohnya membaca doa di rumah.

Keyakinan kecil yang dibina di rumah akan memberi kesan besar di luar.

 

Kongsi Pengalaman Anda Sendiri

Cerita dari ibu bapa sangat memberi inspirasi kepada anak. Cuba kongsi:

  • Kisah waktu anda sendiri pernah rasa malu.
  • Bagaimana anda atasi dan perasaan selepas itu.
  • Tekankan bahawa rasa malu bukan penghalang kejayaan.

Anak lebih mudah percaya jika tahu ibu bapanya juga pernah lalui perkara yang sama.

Galakkan Perbualan Harian

Perasaan malu boleh dilegakan melalui komunikasi. Wujudkan ruang:

  • Berbual sambil makan malam atau sebelum tidur..
  • Guna soalan seperti: “Apa yang buat kamu rasa selesa/hilang keyakinan?”
  • Jangan kritik – cuma dengar dan sokong.

Komunikasi harian membina keberanian untuk meluahkan perasaan

 

Ajarkan Kemahiran Sosial Asas

Kanak-kanak boleh belajar cara berinteraksi dengan yakin, contohnya:

  • Latih mereka ucap “terima kasih”, “hai” kepada orang sekeliling.
  • Bermain role-play situasi sosial – seperti memperkenalkan diri.
  • Tunjukkan melalui teladan bagaimana anda menyapa orang baru.

Kemahiran kecil ini bantu anak rasa lebih selesa dalam dunia sosial.

 

Soalan Lazim

Tidak semestinya. Tapi jika terlalu melampau sehingga menghalang aktiviti harian, ia perlu diberi perhatian.

Jika anak terlalu takut untuk bersuara, menangis bila bergaul, atau mengelak semua situasi sosial – berjumpalah dengan kaunselor atau pakar perkembangan kanak-kanak.

Ya! Kelas membaca secara 1-to-1 seperti di Minda Optima bantu anak bercakap dengan cikgu secara selesa – tanpa tekanan. Ini langkah awal yang bagus.

Sokongan emosi, komunikasi terbuka dan peluang membina keyakinan diri adalah asas untuk bantu anak mengatasi rasa malu.

Sebagai ibu bapa, anda adalah “jurulatih keyakinan” terbaik untuk anak.

📞 Tanya Tentang Kelas Bacaan 1-to-1

Dikemas kini pada: Ogos 2025

de06630d9b1f463ed75b53cb788ebbcef987eaf79f08ec919c2eb031136884bf?s=189&d=mm&r=g

Mindaoptima

Minda Optima bantu anak 4+ tahun ke atas kuasai lancar membaca BM & BI dengan teknik artikulasi, suasana ceria, dan guru berpengalaman sejak 1995

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *