- Email web@pantasmembaca.com
- Phone +6012 542 6056

Ramai parents sangka anak bersedia membaca bila dah kenal huruf. Sebenarnya, anak juga perlu ada asas lain seperti minat pada buku, boleh ikut arahan ringkas, dan boleh fokus sekejap. Bila asas ini ada, proses belajar membaca jadi lebih mudah dan kurang tekanan.
Anak boleh fokus 5–10 minit pada satu aktiviti ialah salah satu tanda anak semakin bersedia untuk belajar membaca. Ini kerana membaca perlukan anak beri perhatian, kekal dengan satu tugasan, dan tidak cepat beralih kepada benda lain. Kalau anak belum mahir, ibu bapa boleh latih sedikit demi sedikit.
Cara uji di rumah:
Anak yang boleh faham arahan 2–3 langkah biasanya lebih mudah ikut proses belajar membaca. Ini kerana membaca perlukan anak dengar, ikut arahan, dan buat satu persatu dengan betul. Kalau anak boleh ikut arahan ringkas, itu petanda yang baik.
Cara uji di rumah:
Anak yang suka bermain dengan bunyi biasanya lebih mudah bersedia untuk belajar membaca. Ini kerana sebelum kenal huruf, anak perlu mula peka dengan bunyi dalam perkataan. Bila anak suka ikut bunyi, suka rima, atau boleh teka bunyi awal perkataan, itu petanda yang baik.
Cara uji di rumah:
Kalau anak enjoy main bunyi, itu salah satu tanda dia semakin bersedia untuk membaca.
Anak yang kenal sebahagian huruf atau simbol dalam kehidupan harian menunjukkan dia sudah mula peka dengan dunia membaca. Contohnya, anak boleh cam huruf pada signboard, nama sendiri, atau logo dan label yang selalu dia lihat. Ini petanda yang baik kerana anak sedang membina kesedaran awal terhadap huruf dan simbol di sekelilingnya.
Cara uji di rumah:
Nota:
Anak tak perlu hafal semua huruf dulu. Yang penting, dia sudah mula sedar dan kenal huruf dalam kehidupan harian.
Anak yang boleh pegang pensel dan ikut arah mudah menunjukkan dia semakin bersedia untuk belajar membaca. Ini kerana membaca bukan hanya kenal huruf, tetapi juga perlukan anak ikut arah, urutan, dan fokus pada apa yang dilihat. Kalau anak sudah boleh ikut garisan, sambung titik, atau ikut arah kiri ke kanan dengan agak kemas, itu petanda yang baik.
Cara uji di rumah:
Ramai anak masih dalam fasa bina asas (bunyi, bahasa, fokus). Yang penting, ada perkembangan dan pendedahan yang konsisten.
Ramai anak lebih mudah bila fokus pada bunyi dan perkataan mudah, bukan hafalan semata-mata. Huruf tetap penting, tapi cara pendekatan memainkan peranan besar.
Kurangkan durasi (5–10 minit), guna aktiviti ringkas, dan pilih bahan yang sesuai tahap. Konsisten lebih penting daripada lama.
Jika anak sangat sukar fokus, sangat sukar faham arahan mudah, atau perkembangan bahasa nampak jauh ketinggalan, elok dapatkan pandangan guru/pakar untuk saringan awal.
Bila anda nampak tanda-tanda asas ini, proses belajar membaca biasanya jadi lebih mudah dan kurang stres. Fokus pada kesediaan, bukan perbandingan dengan anak lain. Anak yang belajar dalam suasana tenang dan konsisten selalunya lebih cepat “catch up”.
📞 Sertai Program Pantas Baca Minda Optima untuk anak membaca
Dikemas kini pada: March 2026
Minda Optima bantu anak 4+ tahun ke atas kuasai lancar membaca BM & BI dengan teknik artikulasi, suasana ceria, dan guru berpengalaman sejak 1995
Minda Optima bantu anak membaca dengan cepat dan yakin sejak 1995. Kelas fizikal & online untuk umur 4 tahun ke atas.
Daftar Sekarang